Tuesday, April 1, 2014

Ujian

Tenung lah engkau sehabis mampu 
Hingga kau puas hati,biar sakit hati 
asalkan kau puas.
Puas memerhati,puas menahan diri.

Manusia ini tak pernah rasa puas.Apa yang dah dapat,apa yang dah ada walaupun depan mata masih nak mencari yang penyedap rasa.Siapa tak terasa ? Aku bukan lah seorang yang sempurna,tapi cukuplah bagi aku untuk menjaga dan tidak goyah pada sesiapa yang punya harta mahupun yang kaya.Bagi aku banyak harta ni tak kemana,kalau hati tak pernah ada rasa.Abaikan intro yang gila - gila. Lagi dua minggu aku kat sini.Rasa cepat gila,tapi satu apa aku tak tengok lagi.Laporan akhir,laporan company laporan dan laporan .Semua kena mengarang,makin hari dah la skill makin hilang,idea kurang dek kerna busy memanjang. Tapi apa boleh buat akan datang tetap kena hadap.Makin hari,makin banyak komitment.macam nak perang .Kerja kiri kanan.Otak penat fikir mana satu aku nak dahulukan.Permainan semua.Tapi itulah aku kena redha buat semua,ini ujian.UJIAN.

Apa yang kita nak,tak dapat.Yang tak dicari,dapat.
Itu ujian.

Life aku sekarang rasa macam sedikit tunggang langgang.Semua jadi sekerat jalan.Kadang - kadang tekanan dengan ujian .Tapi aku cuba lawan.Macam macam aku buat gelak,lari macam orang gila biar segala stress hilang.Balik rumah duduk pandang kiri kanan.Otak mula buat hal,yang mana satu problem nak selesaikan.Kalau rules dalam otak aku ada one way untuk first in first out .Queue yang betul aku rasa sekarang hidup aku mungkin lebih manage and for sure lagi tenang.Tapi sekarang my mind turn into round robin asyik memusing patah balik act like theory MH370 #joke.Same routines.Siapa tak bosan ? sila angkat tangan. 
Bila life become packed ni macam macam benda nak buat,serabut serabai sepanjang masa. Kadang - kadang benda yang simple jadi susah.Sapa tak marah .Mengamuk tak tentu arah .Haha.Itulah manusia tak pernah puas.Tak pernah rasa diri sempurna.Sekali sekala kena jugak take time untuk puji diri,yakin boleh. Yang sakit pasti pulih.Act like 'problem'.Yakin semua boleh handle,boleh settle.Confirm yang mati boleh hidup,yang hidup pun for sure boleh mati .Cuma satu ! buat dan terus yakin .Kalau masih ragu ragu,aku sarankan untuk dongak dagu,then tengok langit lama lama ingat Tuhan.
Nikmat mana lagi yang mahu kau Dustakan ?

If I can achieve this,just one ! I'm grateful enough.

So,
Ada ujian ? 
Ucap Alhamdullilah,bukan kau sorang
Semua orang ada ujian.
Salam 1 April