Saturday, November 29, 2014

REVIEW #1 : CATATAN MATLUTHFI

Since dah lama aku tak meluangkan masa bersama manusia manusia dia alam maya,ini adalah kali pertama untuk aku buat review buku yang dihasilkan oleh matluthfi sendiri iaitu Catatan Matluthfi yang di publish Puteh Press.Paling impressive yang aku nampak adalah teknik hasil lukisan dan catatan yang agak baru dan differences than others.Idea seni yang real match dengan dunia matluthfi sendiri iaitu seni bina atau bidang architecture.Kesimpulannya,dari segi design dan kreativiti tersangatlah 'win' untuk capture para peminat yang mengimpikan bahan bacaan yang tak bosan dan santai. Maaf kalau agak formal sebab dah lama aku tak menulis.


Aku menghabiskan buku ini dalam masa empat jam direct with rest sebab aku risau kalau tiba tiba aku rabun macam matluthfi.*awkward . Perwatakan Matluthfi based on his story macam humble and of course attractive with words and jokes.So,dekat situ korang boleh nampak jalan cerita dia tak bosan dan sangat fun dan bikin aku curious sampai muka surat akhir.Sampai matluthfi suruh aku share catatan aku pada muka surat yang terakhir.Its fun because there is interaction for us as a reader. Maybe sort of inspiration from his story we can create our own story like him even tak hebat macam dia tapi nak jadi macam dia.Matluthfi kata Go Travel! Takpun pergi supermarket guna jalan jauh. Travel jugak tu ! 


Buku catatan matluthfi banyak mengisahkan tentang kehidupan dia sendiri, family, kawan kawan, pelajaran, persekitaran, keagamaan, pengetahuan, politik dan pengalaman since dari kecil kecil alam hingga graduated dan ke alam master sekarang.So,kisah kisah dia agak fun dan sangat deep dengan penulisan yang agak santai dan mudah bagi aku. Mungkin ada makna yang agak dalam,ia buat kita berfikir dan terus terang pengetahuan yang luas bila dikongsi akan terbuka lagi luas untuk kita fikir. Dari segi penulisan yang rojak dan senang faham sangat capture aku punya emosi untuk terus senyum dan berfikir malah ada part yang boleh improve aku punya literature english sendiri. 

Matluthfi banyak menceritakan tentang situasi dan pengalaman yang dia alami dekat aussie dan cara dia berkomunikasi serta pergaulan dia yang tiada gap cina melayu india lantak hang! Hahaha janji hidup jangan bermusuh musuhan .Kita satu Malaysia bukan ?Bagi aku banyak knowledge yang dia kongsi boleh dijadikan inspirasi dan yang best bila dia boleh buat aku berfikir kenapa itu dan ini.Setiap orang beza pendapat dan pengalaman tapi bila dah expose into something yang berlainan macam matlutfi kongsikan ia adalah satu pengetahuan yang agak luas untuk kita kaji lebih lagi. Malah dari segi religious banyak yang dia kongsi untuk kita yang belum pernah ada kawan rapat berlainan bangsa dan agama.Bukan racist ya ! The part when matluthfi related with his daily routine update on twitter. It's quite unique!


Kesimpulannya,buku hasil karya matluthfi berbaloi untuk beli,baca dan teliti dengan hasil teknik kombinasi gambar dan tulisan malah warna dan rajah yang main peranan agar mudah para pembaca faham apa yang disampaikan walau banyak yang tersirat dan deep. Pesan aku jangan rasa menyesal untuk beli,lagi lagi kalau yang minat nak sambung oversea atau aussie dan junior bidang architecture dan seni.Kepada matluthfi teruskan menulis dan selamat maju jaya dan berkongsi lagi.Mungkin lepas ni boleh buat Catatan Matluthfi Dua hingga PHD dan berbini *jokes. Apa pun lukisan tu exclusive lain dari yang lain.By the way enjoy reading for those yang baru nak baca,fikir dan teliti.Bagi sesiapa yang belum beli boleh terus beli dekat BookCafe sebab servis yang cepat dan tepat with notification untuk pembeli. 

p/s part slank utara paling aku suka nak baca

Sekian review untuk pertama kali "Catatan Matluthfi" 

Thursday, November 27, 2014

Jiwa Sonsang

angin kencang tepi pantai
awan biru terang berderang
matahari berselang main bayang
kejap kuning oren gelap
bukan lagi gurauan
jelas perubahan
ah silau!
gengam tangan
geram !

cari lubang pasir
perhati
banyak kulit kerang
kaji lagi dalam
gali !
ahhh mana ketam
kalah !

ah kau
minat dan keinginan
kau kena satukan
jangan cerai beraikan
susah kau nak kembang
masa depan dan impian
kekuatan dan harapan

kau bukan macam kaki tangan
ada dua dua boleh jalan
sekarang kau ada akal
cuma dua pilihan
oh,
muncul lah bulan bintang
biar cepat masa berjalan
dan biarlah dia berulang

moga ada keputusan
bertabahlah teman
ini ujian.

mohon sesiapa mainkan lagu 
sedang jiwa ini songsang
harap dapat dibetulkan
sekian.

Tuesday, November 4, 2014

Berubah

jangan biar,jangan tunggu
hidup ini akan sentiasa berjalan,
akan berpusing 
walau undur walau kebelakang
walau jatuh walau sembam
hidup tetap kena jalan 
kena ada perubahan
kena keluar dari satu bulatan
cipta satu kotak yang berlainan

aku masih di satu bulatan 
walau pusing aku tetap nampak bulat
dan
aku menghampiri satu fasa
untuk aku 'pecah'
sampai satu tahap
aku tak dapat tahan
aku kena cari jalan keluar 
yang lain 
untuk keluar dari bulatan
mungkin segitiga+petak
mungkin petak+bujur
entah?

tapi aku benar benar 
di tahap yang perlu 'keluar'
aku teran tahan waktu sekarang
dan semsetinya 
untuk masa depan yang lebih terancang
Insyaallah.
aku masih mencuba.


belayar dan terus belayar
jangan berhenti dalam bulatan
Teruskan!

Waktu Rindu

Dalam meniti titi titi harian
Sibuk membuat tilikan
setiap hari hari
aku sibuk

Sibuk fikir yang mendatang
Sibuk rancang masa depan
Sibuk tilik waktu paling senang

Dalam sibuk hari ini
Aku masih mencari ruang
Ruang untuk diri sendiri

Tika ini,
aku bukan hanya pelajar
aku seorang pekerja dan pelajar
Banyak benda aku perlu beri tumpuan

Hingga hanya kadang kadang
aku kurang berfikir panjang
rasa rindu
rasa sayang
kurang aku nak layan
tapi sekali datang
sebak sedih

Allah hanya Tuhan yang tahu
sungguh aku rindu
suasana masa belajar
kawan kawan masa susah dan senang
kawan kawan waktu malam dan siang

Sekarang semua masing-masing ada haluan
banyak tumpuan yang berlainan
moga kita kawan sampai hujung jalan
jumpa konvo tahun depan!

If i can bring it back,i will spend a lot of time with them.
Friends - A complement