Thursday, September 13, 2018

Salam Maal Hijrah 1440 H - Salam 25 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1440H

Yes, it might be awkward because previously all my writing remain as a draft since I have no time to amend and correct the things that I expressed. Anyway, i'm turning twenty five this 13 September 2018 and I decided to post what ever i'm typing right now. I write this for all and for me to always stand up and wake up for this beautiful life. This is a gift and reminder for myself since today is my 25th birthday. Alhamdullilah. 


  1. Yang pertama, Alhamdullilah syukur dengan nikmat Allah yang tak akan pernah aku lupa kerna Dia pemberi segala nikmat dunia hari ini.
  2. Sepanjang tempoh perjalanan aku sehingga hari ini banyak liku-liku yang perit, suka, duka tetapi aku bersyukur Dia beri aku kekuatan sehingga hari ini. Tidak mudah seperti meluahkan dengan kata-kata tetapi pengalaman lepas buat aku lagi kuat dan lebih matang untuk menghadapi dugaan dan hari-hari mendatang.
  3. Tempoh mengecapi umur tepat 25 tahun adalah perjalanan untuk aku kenal dan belajar tentang manusia sekeliling dan diri aku sendiri. Ia adalah tempoh yang paling struggle untuk aku dari zaman remaja kepada pra-dewasa. Menangis adalah biasa tetapi cabaran itu masih baru bagi aku dan masih dalam fasa yang 'hanging' untuk selesailan satu-satu masalah secara matang.
  4. Semakin matang fikiran, semakin aku hilang sahabat baik ketika susah senang dahulu bersama sekarang jauh entah ke mana. Setiap hari berlalu, makin hilang rasa percaya, keikhlasan yang pernah aku letak dalam nilai satu persahabatan. Akhirnya, terpaksa aku tinggalkan, lepaskan kalau ia berikan kebaikan untuk kita semua. Bagi aku tiada yang salah dan yang benar. Masing-masing punya khilaf tanpa sedar. Aku redha. Aku pasti Dia ingin berikan sahabat yang lagi baik dan lebih berkualiti bukan hanya di dunia tetapi di akhirat sana. Insyaallah.
  5. Hilang satu persatu dari pandangan dan aku redha dengan sepenuh hati walaupun perit, sakit untuk aku berhadapan dengan semua kenyataan. Sesungguhnya aku redha dengan sepenuh dan sebulat hati ini. Dia sebaik-baik perancangan setiap kehidupan kita
  6. Aku tetap dengan cara aku, tetap letakkan keikhlasan dalam setiap hubungan sama ada dengan orang yang aku kenal, baru kenal atau 'stranger' sebab kita semua manusia = sama.
  7. Keikhlasan bagi aku adalah yang palilng utama, bukan sahaja dalam perhubungan malah dalam setiap perkara yang kita buat seharian. Jika kita ikhlas Insyaallah Allah akan kekalkan, jika tidak ia mungkin bukan rezeki dan milik kita. 
  8. Kemudian, tanggungjawab sebagai seorang manusia. Semakin bertambah umur, semakin besar tanggunjawab untuk kita galas. Bagi aku, ia adalah satu proses yang melatih aku menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Tanggungjawab dari segi jawatan, rakan sekerja, kawan-kawan, adik beradik, mak ayah, isteri/suami dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Aku manusia biasa dan masih dalam proses memperbaiki untuk jadi yang lebih baik daripada hari ini.
  9. Keazaman yang cekal/bold mendorong aku untuk terus kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang banyak rintangan dan mahu atau tidak aku mesti kena berhadapan kerana tiada jalan untuk kita berhenti walau ada yang memberi. Kehidupan tetap diteruskan selagi nyawa dikandung badan
  10. dan Kekuatan bagi aku tak selalu berada di atas kerna kita manusia biasa pasti ada pahit manisnya. Tetapi aku yakin setiap kali kita dibawah jatuh terhentak, menagis teresak dan sakit mendesak, kita pasti ada kekuatan yang Dia beri untuk kita bangun semula,. Norma manusia biasa, Aku akan sentiasa berdoa supaya aku ada kekuatan untuk bangkit, kuat dan lawan apa yang ada di depan kerana ini semua ujian kehidupan.
  11. Beersyukur dengan setiap ujian walau sakit, perit, bahagia dan suka. Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan satu ucapan yang aku yakin akan buat kuta tenang. Ucap Alhamdullilah berterusan setiap detik seharian. Aku pernah kecewa hingga hari-hari aku mesti menangis dan selesai menagis, aku akan terus kuat bukan sebab orang tetapi sebab diri aku dan kehidupan aku. Malah aku bersyukur sebab di setiap kejadian pasti ada hikmahnya di depan dan Alhamdullilah aku bersyukur, hikmah itu terang-terang. Alhamdullilah dengan izin Allah. Maka selalulah berdoa kepada Dia.
  12. Sentiasa kekal positif, sabar dengan apa yang terjadi walaupun ia sukar untuk kita berhadapan. Tarik nafas, lepas perlahan-lahan dan bersangka baik dengan orang sekeliling yang pernah kita kenal dan memaafkan orang yang pernah buat hati kita rasa kecewa, sakit, pedih dan marah. Insyaallahm, tenang dan kita was akan redha dengan penuh keikhlasan.  Berkat kesabaran pasti ada ganjaran Insyaallah.
  13. Yang terakhir adalah impian. Dalam kehidupan, setiap kejayaan adalah bermula dengan impian. Setiap impian tak mungkin semua indah dan mudah, kadang-kadang ada perjalanan yang benar-benar susah untuk kita capai. Jadi sentiasa ada perancangan supaya jiwa kita tak lari dari impian yang pernah kita angan-angan dan tak putus asa selagi kita mampu berangan. Jika kita tak mampu, berdoalah supaya ada rezeki dan berdoa semoga Dia permudahkan rezeki kita semua untuk capai setiap impian.
Sepanjang 25 tahun apa yang boleh aku boleh simpulkan adalah proses untuk aku belajar, kenal diri snediri, saat jatuh bangun dan cara menyelesaikan sat-satu masalah. Aku berani meluahkan apa yang terbuku di hati kepada orang-orang yang aku percaya dan aku berjaya menangis di hadapan sesiapa sahaja jika masalah itu berat untuk aku tanggung seorang pada ketika itu (sejenis yang pendam) dan Alhamdullilah aku lega dan bersyukur. Semestinya hari ini, aku lebih matang dalam membuat pilihan bagi setiap perkara terutamanya apabila melibatkan kehidupan aku akan datang. (Pekerjaan, Perkahwinan, Pengakhiran) . Fasa selepas 25 tahun mungkin fasa untuk aku kekalkan momentum kekuatan dan sentiasa berjuang.

Walaubagaimanapun, hingga hari tua nanti ilmu tetap kena kejar kerana aku manusia biasa tetap akan buat salah dan akan terus belajar dari kesilapan. Aku masih belajar dan akan terus belajar hingga hujung hayat aku. Aku masih ada impian yang perlu aku capai dalam tempoh 25 tahun ini dan masih ada senarai untuk aku capai sebelum 30 tahun. Setiap 5 tahun perancangan adalah sangat penting untuk aku olah dan bawa kehidupan aku dari seorang yang ber'status' bujang hingga berstatus keluarga akan datang. Insyaallah(ini juga impian)

Akhir sekali, Alhamdullilah syukur dengan nikmat Allah kerana banyak impian telah tercapai sebelum genap 25 tahun dan masih tingal beberapa senarai yang akan aku langsaikan tahun ini. Sentiasa bersyukur dengan setiap kejayaan yang kita capai dan kekecewaan yang kita hadapi kerana pasti ada hikmah yang Dia beri, dengan izin Allah. Yang baik semuanya adalah dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri. Hijrah tidak perlukan spesifik tarikh, pada bila-bila masa sahaja kita boleh mula untuk berhijrah dan semuanya dengan izin Allah. Jika Hidayah itu milik Allah, kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di sisi-Nya. Insyaallah. 

Semoga kehidupan kita semua sentiasa  dirahmati Allah. 
Assalamualaikum.
12 September 2018