Sunday, August 5, 2012

malam ini

Malam sepi
tiada bunyi itu dan ini
besarkan speaker
relakan hati
menyanyi hiburkan diri
tiada melodi di iringi
tetapi apakah semua ini
kenapa masih ingin di ingati
mungkin untuk memenuhi ruangan hati
yang pasti akan 'henti' suatu hari nanti.
hingga akhirnya
aku redha dengan ketentuan Ilahi.

Friday, August 3, 2012

balik rumah

Tamat sudah sesi kuliah
bagi penghulu segala hari
hari yang sering di tunggui
kerna keesokannya cuti mengiringi
sedih
pilu
sayu
cemburu
tekanan
lihat kiri kanan
rata rata membimbit beg
excited ingin pulang.
lihat dari setiap sudut aras
kosong.tiada selipar di tepian
mungkin ini satu cubaan
bersabarlah wahai insan.
ini semua dugaan.
dan juga pengalaman
beginilah bila berada di perantauan.
semua benda jadi tak keruan
kerana rindu kampung halaman.
                                                               *konklusinya :cepat lah raya.nak balik rumah!rindu semua
 sob sob .

Thursday, August 2, 2012

hye august

August sudah menjelajahi
setiap detik kehidupan
di alam realiti keindahan
di mana tempat ini dibasahi hujan
hujan rahmat pada bulan ini
petang ini
masa ini
sejuk.
takut.
guruh guruh berdentum
menyedarkan aku
oh dunia
semakin hari semakin singkat
dimanakah aku.
semakin hari
masa semakin pantas berlalu
sedarkah aku.
hari-hari
hingga hari ini
aku cuba menahan lapar dahaga
menahan segala-galanya
supaya iman aku di level yang setara
Hai August ,please be nice to me
Aku hanya manusia biasa
Sabar dan redha
tenang menerima
kerna takdir hidup ini ditentukan Dia
via sonia
sekian,salam