Wednesday, July 31, 2013

Wabak rindu.

Kabus hari hari
tiap tiap pagi
dingin pagi,aku yang rasai
beri aku idea buat itu ini
tapi tanpa aku sedari
kabus macam ni
yang kasi aku jatuh hati.

Hingga esok-esok hari
aku asyik bertanya
Mana kabus semalam
Sungguh ! aku merindui
Walau hanya sehari aku tinggalkan.

Aku sangat merindui ! :'(
Memang sukar untuk aku pupuskan dalam ingatan
what to do ?

Monday, July 29, 2013

Jiwa meracau.

Bila matahari mula mencanak di pagi hari
terus bingkas aku bangun fikir
hari apa hari ini
eh kenapa hari hari macam ni?
Berfikir
Realiti ke Fantasi.
Cemas! Lalu,
aku berimaginasi
sepuluh tahun nanti.
Ahhh,
Aku mahukan perubahan !
Berubah jadi badut pun aku rela.
Janji aku nak enviroment yang baru
Surrounding yang bukan macam ni.
Sila Faham : / 
Sekian

Saturday, July 20, 2013

Duniawi Hari Ini

Jika aku jatuh sedarkan aku
Ujian hidup ini datang tak tentu
Boleh jadi aku mati tanpa beritahu

Walau amalan aku masih sipi sipi
Tapi aku bersyukur
hingga hari ini aku masih gagah berdiri

Tanpa-Mu
jiwa aku goyang kanan kiri
dengan hasutan duniawi
tapi aku janji
Sampai mati aku akan cuba !

Cuba berdiri kembali
perhati diri ini
buang duri yang tertanam di hati

Moga saat ini aku dapat berbakti
untuk Mu ,Ya Rabbi.

Aku ikhlas tempuh semua ini
Demi kehidupan yang abadi.
Syukur dengan nikmat yang Kau beri
Hingga hari ini.

Aku ikhlas menanti
menanti keputusan yang pasti
iaitu Mati.
Kerana-Mu

Terima Kasih Ya Allah.


Selamat Bersahur dan Selamar Beramal :)
Sekian,Salam