Friday, September 13, 2013

Double tiga belas bulan sembilan.

Mari bantu aku bangun kembali
Cari sinar hati yang dah lama sepi.
Namun,aku selesa begini
jatuh bangun aku alami
tiada siapa yang perlu susahkan diri
selesaikan itu ini.

Aku dah biasa bersendiri .
Dari dulu aku simpan walau perlu berdendam 
aku tetap simpan sampai sekarang
Abad ini,
kepercayaan bukan milik sesiapa.
dan begitu
tak pernah aku rasa nak luah satu kandang 
sebab aku tahu,aku tak mampu
sedangkan bukan itu jalan penyelesaian yang akhir
kalau aku bising beritahu orang,tetap tiada jalan penyelesaian 
yang penghujungnya aku juga tanggung seorang.

Titisnya air mata abad ini,
maksudnya itu bukan aku yang sekarang.
Dahulu dan sekarang lain permainan,
Dahulu sakit itu lagi dalam,sekarang dah kurang.
Kerna
Masa sekarang beri aku kekuatan 
ia tak pernah berhenti dan kebelakang
Sentiasa bergerak ke hadapan.

Begitu cepat,tanpa sedar
Hingga kadang - kadang aku tergamam
genap dua puluh aku sekarang.
Banyak aku belajar.
Terima Kasih ,Ya Tuhan.
Kau masih beri ruang untuk aku berjuang
di medan perang yang telah Kau aturkan.
Syukur.


"If someone is strong enough bring you down , show them you are strong to get back up"
till then
still
still
forever young
.Sekian.

Saturday, September 7, 2013

Sometime.

Sakit hati ini dalam,
lagi dalam ingat makin kelam
rupanya makin terkenang .
puas gali pun tak dapat padam

sometime.

Wednesday, August 28, 2013

Pengakuan Maut


aku yakin
walau bagaimanapun cara kau,
tiada kesan untuk sang hati yang telah lama mati.
aku ingin yang lain bisa beri aku bahagia
yang boleh jadi pengganti suka duka
dan sejujurnya aku adalah manusia yang paling bodoh
dan sabar kerana menanti kau yang sia sia kan janji.
janji untuk kembali.janji untuk jumpa lagi.janji itu ini.
itu semua janji janji keji .
hingga hati aku mati untuk percaya janji lagi
pergilah cari bahagia yang selalu kau janji .
aku disini sudah terima untuk bawa hati ini
seorang diri dan mungkin ada pengganti tak lama lagi.
aku doakan kau bahagia buat selamanya .
aku dah lupa SEMUA kenangan kita.
titik.