Saturday, October 26, 2013

Exam

Ya Allah lamanya rasa tak menulis menaip macam dahulu kala 
.rindu.

Bila sibuk seronok semua masalah masalah lama boleh lupa
kenangan lama lupa sementara
sebab tak ada masa nak mengulit sisa kenangan semua
Dua paper dah lepas,baki lagi dua paper moga kau permudahkan.
Wish me luck guys.

Saturday, October 5, 2013

Sibuk

Rasanya dah lama aku tinggal dan banyak sangat aku ketinggalan .Bersosial di alam maya .Cuma satu perkataan aku "sibuk" untuk akhir - akhir sem yang banyak dugaan . Untuk kali ini saat - saat sibuk itu memang betul betul aku rasa.Ia memenatkan seriously penat .Sampai kan banyak benda harus aku korbankan.Lagi lagi masa tidur ,kelas.Skip macam lompat tali skipping tak berhenti .Final year project benar benar beri tekanan .Setiap satu proses penukaran untuk kepuasan,banyak sangat dugaan.Tapi aku terima ini sebab ini 'biasa' untuk student.Aku 'student' aku rasa,orang lain pun pernah bergelar "student" sudah tentu pernah rasa.Bayangkan ! Masa pula tak henti henti kejar dari belakang hingga hari pembentangan .Selepas semua aku bebas,aku lepas.beban beban selama ini hilang.Alhamdullilah everything going well. Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan .Jadi sekarang banyak lagi kerja yang like a " stack of paper " .Bertimbun! Sampai ke hari final.Like seriously,kerja hari hari akan ada .Tak pernah miss. Belum tambah dengan masalah emosi peribadi mentaliti yang virtual .Kalau luaran ada masalah terang terang dalaman lagi masalah . Tapi gagahkan untuk tidak bertindak ikut perasaan. Ikut logik akal . Tak semestinya surrounding,thining kita sama macam orang lain .

Cuba adapt dengan orang.
Dua minggu lagi untuk persiapan .Doakan final aku untuk yang akhir ini .
Sudah tentu yang baik baik aku harapkan.   
Yang pasti rindu kawan kawan alam maya. 
Sekian,salam

Friday, September 13, 2013

Double tiga belas bulan sembilan.

Mari bantu aku bangun kembali
Cari sinar hati yang dah lama sepi.
Namun,aku selesa begini
jatuh bangun aku alami
tiada siapa yang perlu susahkan diri
selesaikan itu ini.

Aku dah biasa bersendiri .
Dari dulu aku simpan walau perlu berdendam 
aku tetap simpan sampai sekarang
Abad ini,
kepercayaan bukan milik sesiapa.
dan begitu
tak pernah aku rasa nak luah satu kandang 
sebab aku tahu,aku tak mampu
sedangkan bukan itu jalan penyelesaian yang akhir
kalau aku bising beritahu orang,tetap tiada jalan penyelesaian 
yang penghujungnya aku juga tanggung seorang.

Titisnya air mata abad ini,
maksudnya itu bukan aku yang sekarang.
Dahulu dan sekarang lain permainan,
Dahulu sakit itu lagi dalam,sekarang dah kurang.
Kerna
Masa sekarang beri aku kekuatan 
ia tak pernah berhenti dan kebelakang
Sentiasa bergerak ke hadapan.

Begitu cepat,tanpa sedar
Hingga kadang - kadang aku tergamam
genap dua puluh aku sekarang.
Banyak aku belajar.
Terima Kasih ,Ya Tuhan.
Kau masih beri ruang untuk aku berjuang
di medan perang yang telah Kau aturkan.
Syukur.


"If someone is strong enough bring you down , show them you are strong to get back up"
till then
still
still
forever young
.Sekian.