zaman media semasa
fitnah berleluasa
palsu semata mata
rakyat saling mengata
aku perhati aku kaji
rata rata rakyat bangsa kita sama
waktu kritik tunding jari sana
waktu pilih bangga dengan nama
sifat sokong membuta
tanpa ada satu sokongan membina
sesama kita
nak lawan ada caranya
nak kritik ada bahasanya
bukan
kutuk sama sama
ludah beria - ia
ayuh anak anak muda
lihat masa depan kita
Lihatlah siapa pemimpin
kalau salah dia yang memimpin
maka rakyat bantu membimbing
nak bantah
nak lawan
cari jalan sehala
bersatu wahai bangsa
hari ini
bahasa kita
sikap kita
terang terang budaya kita,
bangun rakyat Malaysia
ini bukan masanya
berpolitik setiap masa
lihat bawah sama
banyak bencana menimpa
bantu mereka
hentikan fitnah serangkap
takut nanti di perangkap
bukan dari kita,
tapi diluar sana
yang ketawa melihat kita
berpecah !
bangun rakyat jelata
Malaysia kita punya!
KITA
#prayformalaysia
#banjir