Sunday, July 16, 2017

Puisi Terakhir

Dalam kelam atau terang,
kelibat yang muncul,
walau dalam terang dan diam,
cahaya kelipan bunyian binatang malam,
menyelubungi setiap sipi tubuh badan,
bukan mahu menganggu tidur malammu sayang,
hanya mahu mengintai serpihan hati harapan,
mungkin bukan cinta yang pernah aku idam,
tetapi persahabatan yang kerap kita jalinkan.

Cahaya disuluh bukan untuk kita jernihkan,
tetapi cukup untuk betulkan satu kekhilafan,
Jika cahaya ini kau sengaja silaukan,
dengan kilauan permata yang lagi bahagia,
Maka aku berundur pada Sang pencipta.

Ini adalah yang terakhir,
jika bulan dipertemukan dengan bintang 
pada setiap malam,
siang ditemani matahari terang berderang,
malah awan mendung dituruti hujan, 
petir diiringi dentuman bunyian.


Persis juga kita, manusia dua jiwa,
berlainan jantina,
kembali mahu bersama berjalan,
menggapai impian yang pernah kita gengam,
walau bukan satu harapan,
ini pasti ujian.

Jika ada ikatan kita, maka ada,
Jika tiada maka aku redha semahunya,
Mencari yang lebih utama,
Cinta Dia yang sudah pasti kekal selamanya,
sebelum bertemu pengganti dunia.

Puisi terakhir untuk dia.

Monday, October 3, 2016

Muhasabah

Terduduk aku di segenap ruang
masih memikirkan setiap peluang
yang tertinggal jauh di lautan
sukarnya untuk mencapai
kejayaan dan impian

suatu hari,
aku selalu fikir
kemana haluan untuk aku gadaikan
dan perjuangkan
yang mana satu untuk aku utamakan
sedangkan yang ada sudah ke arah kejayaan
tapi masih berombak ke penghujung lautan

perjalanan yang aku lalui
perit dan susah adalah pada titik permulaan
bila berada di pertengahan
keperitan bertukar menjadi kesungguhan
lalu kegembiraan terus mekar
sehingga hari ini

mengekalkan satu potensi dan posisi
bukanlah sesuatu yang mudah
kerna dalam setiap perkara yang kita lakukan
pastikan ada pembahagian keperluan
untuk kita utamakan

nikmat sementara ini
kalau bukan kita untuk jadikan yang terbaik
jangan berharap pada yang Esa untuk beri segala
kerana Dia sentiasa lihat usaha

sebab itu kunci kejayaan perlu ada
usaha, doa dan tawakkal
bukan kosong bicara ya
selit bersama keihklasan yang kita bawa
dan isi yang sangat bermakna
kadang-kadang benda yang kita tak pernah jangka
Dia beri

Alhamdullilah

kepada semua,
mohon ada semangat juang
dalam apa jua musibat dan muslihat
kerna kehidupan kita ujian

Salam Maal Hijrah.

Thursday, June 30, 2016

Nikmat

Nikmat adalah yang paling mujarab
yang paling kerap aku ucap
untuk terus rasa bersyukur
dan sentiasa bersyukur
Alhamdullilah

kehidupan ini  makin hari
tiada noktah untuk berhenti
sentiasa mengejar impian yang dicari
walau susah untuk kecapi
teruskan berlari!

perjuangan dan peluang
nikmat dan kejayaan
susah dan kepayahan
itu semua nikmat

nikmat yang Dia bagi rasa
perasaan dan harapan
bahagia dan kecewa
semua adalah nikmat
yang pernah aku lalui
dengan hati yang terbuka
dan redha
walau sukar mana ujian Dia
anggaplah ia nikmat
yang ada ganjarannya kelak.

dengan penuh harapan
Ramadhan kali ini,
semoga Allah berkati
Alhamdullilah.

Salam 25 Ramadhan 1437 H!
Teruskan berjuaang!