Wednesday, October 31, 2012

Bintang itu

Lihatlah, bintang sangatlah indah
seperti biasa bersahaja menampakkan ketenangan yang ada
bagai sinar menerangi kegelapan malam
tetapi tahukah kejujuran bintang di saat ia memerlukan
ia sangat memerlukan kegelapan cahaya
untuk meluahkan rasa bila sampai masa

Tibanya waktu untuk terus telus
pasti tiba
pasti benar
untuk bercerita di sebalik kegelapan
tetapi apakan daya 
ia hanya mampu untuk memendam dari meluahkan
Tak mampu ia mengatakan dan menyampaikan
pada waktu siang 
sebaik-baik isi hatinya kepada seluruh alam bumi ini
bahawa ia lah yang paling bercahaya,paling indah.

Tetapi ia mampu
membiarkan makhluk-makhluk lain senyum gembira
pada waktu malam
bila ia menonjolkan diri pada masa betulnya
melakonkan pelbagai variasi
Virgo,Sgitarius,Aries,Capricon,Leo,Taurus,Cancer
agar makluk lain bisa ketawa.
hingga lah tiba masanya ,
untuk yang lain betul-betul menghargainya 
satu hari nanti.
mungkin!

Selalu lihat bintang , hati tak pernah merajuk untuk berduka
malah mampu tersenyum dengan gembira
indahnya bintang-bintang itu.

Mampukah untuk aku menjadi bintang yang indah itu ?

Jika tidak,aku hanya bisa menjadi pemerhati bintang itu sambil senyum hingga ke telinga :D

Saturday, October 27, 2012

Cuti Tamat

Salam Aidil Adha semua :D
Selesai sudah beraya atau lebih spesikfik lagi selesai hari raya korban untuk tahun 2012 ini,.
Untuk tahun ini semestinya aku beraya di kampung.
Untuk kali ini tak semeriah seperti tahun sebelum ini
Sebab tak semua yang balik tapi feel itu masih ada.Alhamdullilah.
Mohon pertalian ukhwah sekeluarga kekal ceria seperti selalu.

Bila berada di kampung semua makanan ada .kiri kanan depan belakang.pilih sahaja yang mana suka.
Untuk raya haji semestinya daging paling utama.Rendang daging,nasi daging,daging masak kicap dll.  
hingga sedar atau tidak potensi berat akan terus naik mendadak.
Usah lah di tanya kenapa lagi. 
Konklusinya ,bila balik rumah/kampung secara autonya berat akan naik .Wahaha
sekadar hiasan dalam bilik
"home sweet home"
Jumpa sepupu sepapat saudara terdekat apa lagi kalau bukan duduk berdiri tangkap gambar secara dekat 
memang bab gambar ,posing segala adalah part kesukaan kami semua satu keluarga
Sekarang meghitung jam untuk back to student life and it would be more hectic than ever
.Cuti tamat.

Esok lusa will be having quizzes,presentation ,test and assignment to submit.
Masih belum complete 100% 

Sekian,salam

Thursday, October 25, 2012

In Progress

Salam Pagi semua.
Sepinya pagi ini yeah semestinya tengah menjana transformasi idea untuk lebih kreatif
Pagi - pagi macam ni memang idea melimpah-ruah.
Alhamdullilah.Lega.Masuk jugak idea.
Idea ni datang sekali dan tak berhenti .
So,aku akan constant kan hingga ke subuh nanti untuk sahur
Chaiyo!Chaiyo!
"Puasa sunat hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahu-tahun kemudiannya."
-Riwayat Muslim
Selamat Berpuasa :D

                                                                               InProgress for upcoming event poster
Salam AidilAdha kepada semua.
Hari Raya Haji ni assignment dah booking
Alahai.
Sekian,
Salam

Monday, October 22, 2012

Journey

Entah kenapa idea nak menulis sekarang dah tak ada.fifty-fifty.
dah type then type lagi  lepas tu ada error susah nak debug and compile dalam otak kepala ini
terpaksa aku untuk press button backspace berkali kali.
So,program aku memang tak pernah nak complete lah.Haha.bajet macam buat programming.padahal zero gila.Ahhhhhh.Abaikan.
[Back to topic]
Alhamdullilah dah sampai rumah.perasaan seronok itu perkara biasa setiap kali aku sampai di stesen bus di Butterworth.Hanya menunggu untuk jejak ke tapak teratak rumah.Alangkah bahagia bila dihidangkan lagi dengan makanan-makanan yang marvellous so I have to say no untuk diet kali ini.
Walau apa pun,untuk pertama kalinya perjalanan pulang sangat lah tragis macam-macam peristiwa ,dugaan dan cabaran .Ini adalah kali pertama.
Perkara biasa bila berada di tempat baru semua benda nak cuba nak rasa tetapi untuk kali ini aku terpaksa mencuba.try and error.banyak sangat error .rasa macam down.Ralat.Bukan aku seorang tetapi semua.
Jadi bila dah jejak kaki di rumah perasaan itu sedikit demi sedikit hilang .lega.happy ? yes of course :D
tapi..
Perkara yang merunsingkan buat masa sekarang adalah bila aku terpaksa mengorbankan masa cuti cuti yang heaven untuk aku mencapai kegembiraan yang maksima di rumah dengan menyiapkan design , lab exercise , assignments ,dialogues, dan mostly preparation untuk ke hujung semester ini.
Aku dah tak boleh guna C plus plus ,tapi kena guna Java untuk lebih senang atau lebih cepat aku pick up .
tak perlu lagi ada blur blur dalam otak kepala ini.
Aku tak boleh nak guna cara lama atau cara biasa yang selalu .aku perlu switch case kan untuk lebih short,simple dan lebih effective.
Tapi aku tak punya cara yang fix atau constant.Variable dalam diri ini boleh berubah ikut mood.
Sekali aku dapat mood itu ,aku akan teruskan secara constant untuk waktu itu sahaja.Very limited.
"If you are not understand Else please ignore this entry "
Banyak kerja yang bertimbun  akhir-akhir ni.Haishhh mohon terus lawan.
Untuk waktu sekarang aku perlukan masa untuk kerahkan idea-idea untuk menjadi lebih kreatif
memerlukan masa yang lama untuk keberhasilan yang superb.Insyaallah.
Sekian,
Salam.

Friday, October 19, 2012

Coming Home

Indahnya rasa saat ini
tapi aku tidak lah begitu excited untuk mengkhabarkannya
cukuplah hanya sekadar lebaran senyuman yang ada
supaya aku dapat bertemu saudara-mara aku di sana
mohon doa perjalanan aku yang masih jauh di utara.
walau belum dapat jaminan masa yang pasti.
berharap selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.
Amin.
The big step when I have to keep moving alone without any others help
in special case or others case.
I hope everything that I had planned run smoothly

Saturday, October 13, 2012

blank

Setiap ruang yang ada buat masa ini.Mesti otak menghempas pulas dengan sekuat-kuatnya kekerasan.BLANK. Kadang-kadang aku harus panggil calculator untuk menghitung hari-hari,total hari,duit hari-hari supaya tidak lari dari bajet yang telah dituliskan.Yang dirangka agar tidak lari dari luar batasan yang sedia dibukukan.
Otak menjadi blur sehinggakan sedar atau tidak masa-masa yang terbiar itu seperti emas yang bila jual dapat untung yang sangat memberansangkan.Bukan wang yang aku ingin persoalkan sekarang ! tetapi masa yang totally  macam emas agar dapat aku bahagikan sama rata untuk setiap urusan.Tiap-tiap perkara yang aku fokuskan, hanya untuk yang benar-benar ada minat yang sangat dalam.
Dari situ aku rasa satu kerugian yang amat.Sebabnya aku tak dapat deal dengan sebetul-betulnya satu-satu perkara.game.class.makan.tidur.online.assignment,task.game,class,sembang,tidur,badminton,class,text,call,game,makan,tidur,tidur,tidur.lastminit
Kadang-kadang rasa kesian dengan otak yang tak  henti-henti berfikir.Tak henti-henti mem 'process' yang aku sendiri tak relakan.Ingin sahaja tekan button pause atau forward untuk lajukan fikiran ini.
Makin lama otak ini berfikir,makin banyak persoalan.
Untuk saat ini aku ingin merehatkan otak yang terlalu banyak memikirkan,menghitung dan menilik masa-masa akan datang mahupun masa silam yang terang dalam samar.
Aku bukan takut untuk memikirkan tapi aku cuma mahu hilang sebentar dari satu-satu masalah yang membelenggu dalam jiwa kekacauan sekarang.
Mari ikut aku bermain menenangkan fikiran,rehatkan minda,kuatkan stamina.Lai lai.
Harap lepas ni aku dapat tingkatkan speed kelajuan otak
untuk cepat catch up and solve tiap-tiap malware dalam otak ini
biar  lambat sikit virus,worm,pop up,spyware nak masuk menggangu otak yang sedia terganggu ini
.Sekian.

Friday, October 12, 2012

Hati

Hati ini tak mahir dalam memikirkan
Tapi hati ini tahu siapa yang bermain di fikiran
Hati ini tidak pernah bersedia untuk menerima
namun akal dan fikiran meraung dan meminta
dilema ini hanya aku simpan
kerana kenangan dulu ingin aku cuba padamkan
agar akal , hati dan fikiran setanding dengan pemikiran sekarang
alahai hati.hati.
makin lama makin sukar untuk handle kan?
usah difikirkan
agar hati bisa tenang

Monday, October 1, 2012

1 Oktober

Salam dan selamat petang
yeah since busy sedar atau tidak dah masuk bulan Oktober
banyak benda nak cerita tapi tidak ada idea dan
bila idea datang masa tidak mengizinkan.dah lama tinggal.
hah?dah bulan 10. yes time flies too fast.
dan bermakna lagi sebulan sudah cukup umur untuk aku ambil final exam..
frankly speaking 100 % i'm not ready.
Disebabkan itu akan menyebabkan aku jadi terlebih busy.mungkin.
Life become hectic when everything is last minute.but now i'm grateful enough .
aku masih lagi dalam keadaan yang selesa walau kadang-kadang buat buat selesa.
I have a blessed life and thank you Allah for making everything easy for me.
Hanya berharap bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya.
dan lebih rajin untuk mentelaah ilmu di akhir-akhir semester ini.Insyaallah.
Amin.Pray for me :)
Tempat study yang strategik.game full time :D
Buat masa ini makanan ni ja yang mampu
 sebagai pengisi perut tika lapar
Alhamdullilah
Nak ja makan makanan kat rumah
cepatlah raya haji.