Saturday, December 27, 2014

KITA #banjir

Lelah aku tengok dunia
zaman media semasa
fitnah berleluasa
palsu semata mata
rakyat saling mengata

aku perhati aku kaji
rata rata rakyat bangsa kita sama
waktu kritik tunding jari sana
waktu pilih bangga dengan nama
sifat sokong membuta
tanpa ada satu sokongan membina
sesama kita

nak lawan ada caranya
nak kritik ada bahasanya
bukan
kutuk sama sama
ludah beria - ia
ayuh anak anak muda
lihat masa depan kita

Lihatlah siapa pemimpin
kalau salah dia yang memimpin
maka rakyat bantu membimbing
nak bantah
nak lawan
cari jalan sehala
bersatu wahai bangsa

hari ini
bahasa kita
sikap kita
terang terang budaya kita,
bangun rakyat Malaysia
ini bukan masanya
berpolitik setiap masa
lihat bawah sama
banyak bencana menimpa
bantu mereka

hentikan fitnah serangkap
takut nanti di perangkap
bukan dari kita,
tapi diluar sana
yang ketawa melihat kita
berpecah !

bangun rakyat jelata
Malaysia kita punya!

KITA
#prayformalaysia
#banjir

Saturday, November 29, 2014

REVIEW #1 : CATATAN MATLUTHFI

Since dah lama aku tak meluangkan masa bersama manusia manusia dia alam maya,ini adalah kali pertama untuk aku buat review buku yang dihasilkan oleh matluthfi sendiri iaitu Catatan Matluthfi yang di publish Puteh Press.Paling impressive yang aku nampak adalah teknik hasil lukisan dan catatan yang agak baru dan differences than others.Idea seni yang real match dengan dunia matluthfi sendiri iaitu seni bina atau bidang architecture.Kesimpulannya,dari segi design dan kreativiti tersangatlah 'win' untuk capture para peminat yang mengimpikan bahan bacaan yang tak bosan dan santai. Maaf kalau agak formal sebab dah lama aku tak menulis.


Aku menghabiskan buku ini dalam masa empat jam direct with rest sebab aku risau kalau tiba tiba aku rabun macam matluthfi.*awkward . Perwatakan Matluthfi based on his story macam humble and of course attractive with words and jokes.So,dekat situ korang boleh nampak jalan cerita dia tak bosan dan sangat fun dan bikin aku curious sampai muka surat akhir.Sampai matluthfi suruh aku share catatan aku pada muka surat yang terakhir.Its fun because there is interaction for us as a reader. Maybe sort of inspiration from his story we can create our own story like him even tak hebat macam dia tapi nak jadi macam dia.Matluthfi kata Go Travel! Takpun pergi supermarket guna jalan jauh. Travel jugak tu ! 


Buku catatan matluthfi banyak mengisahkan tentang kehidupan dia sendiri, family, kawan kawan, pelajaran, persekitaran, keagamaan, pengetahuan, politik dan pengalaman since dari kecil kecil alam hingga graduated dan ke alam master sekarang.So,kisah kisah dia agak fun dan sangat deep dengan penulisan yang agak santai dan mudah bagi aku. Mungkin ada makna yang agak dalam,ia buat kita berfikir dan terus terang pengetahuan yang luas bila dikongsi akan terbuka lagi luas untuk kita fikir. Dari segi penulisan yang rojak dan senang faham sangat capture aku punya emosi untuk terus senyum dan berfikir malah ada part yang boleh improve aku punya literature english sendiri. 

Matluthfi banyak menceritakan tentang situasi dan pengalaman yang dia alami dekat aussie dan cara dia berkomunikasi serta pergaulan dia yang tiada gap cina melayu india lantak hang! Hahaha janji hidup jangan bermusuh musuhan .Kita satu Malaysia bukan ?Bagi aku banyak knowledge yang dia kongsi boleh dijadikan inspirasi dan yang best bila dia boleh buat aku berfikir kenapa itu dan ini.Setiap orang beza pendapat dan pengalaman tapi bila dah expose into something yang berlainan macam matlutfi kongsikan ia adalah satu pengetahuan yang agak luas untuk kita kaji lebih lagi. Malah dari segi religious banyak yang dia kongsi untuk kita yang belum pernah ada kawan rapat berlainan bangsa dan agama.Bukan racist ya ! The part when matluthfi related with his daily routine update on twitter. It's quite unique!


Kesimpulannya,buku hasil karya matluthfi berbaloi untuk beli,baca dan teliti dengan hasil teknik kombinasi gambar dan tulisan malah warna dan rajah yang main peranan agar mudah para pembaca faham apa yang disampaikan walau banyak yang tersirat dan deep. Pesan aku jangan rasa menyesal untuk beli,lagi lagi kalau yang minat nak sambung oversea atau aussie dan junior bidang architecture dan seni.Kepada matluthfi teruskan menulis dan selamat maju jaya dan berkongsi lagi.Mungkin lepas ni boleh buat Catatan Matluthfi Dua hingga PHD dan berbini *jokes. Apa pun lukisan tu exclusive lain dari yang lain.By the way enjoy reading for those yang baru nak baca,fikir dan teliti.Bagi sesiapa yang belum beli boleh terus beli dekat BookCafe sebab servis yang cepat dan tepat with notification untuk pembeli. 

p/s part slank utara paling aku suka nak baca

Sekian review untuk pertama kali "Catatan Matluthfi" 

Thursday, November 27, 2014

Jiwa Sonsang

angin kencang tepi pantai
awan biru terang berderang
matahari berselang main bayang
kejap kuning oren gelap
bukan lagi gurauan
jelas perubahan
ah silau!
gengam tangan
geram !

cari lubang pasir
perhati
banyak kulit kerang
kaji lagi dalam
gali !
ahhh mana ketam
kalah !

ah kau
minat dan keinginan
kau kena satukan
jangan cerai beraikan
susah kau nak kembang
masa depan dan impian
kekuatan dan harapan

kau bukan macam kaki tangan
ada dua dua boleh jalan
sekarang kau ada akal
cuma dua pilihan
oh,
muncul lah bulan bintang
biar cepat masa berjalan
dan biarlah dia berulang

moga ada keputusan
bertabahlah teman
ini ujian.

mohon sesiapa mainkan lagu 
sedang jiwa ini songsang
harap dapat dibetulkan
sekian.

Tuesday, November 4, 2014

Berubah

jangan biar,jangan tunggu
hidup ini akan sentiasa berjalan,
akan berpusing 
walau undur walau kebelakang
walau jatuh walau sembam
hidup tetap kena jalan 
kena ada perubahan
kena keluar dari satu bulatan
cipta satu kotak yang berlainan

aku masih di satu bulatan 
walau pusing aku tetap nampak bulat
dan
aku menghampiri satu fasa
untuk aku 'pecah'
sampai satu tahap
aku tak dapat tahan
aku kena cari jalan keluar 
yang lain 
untuk keluar dari bulatan
mungkin segitiga+petak
mungkin petak+bujur
entah?

tapi aku benar benar 
di tahap yang perlu 'keluar'
aku teran tahan waktu sekarang
dan semsetinya 
untuk masa depan yang lebih terancang
Insyaallah.
aku masih mencuba.


belayar dan terus belayar
jangan berhenti dalam bulatan
Teruskan!

Waktu Rindu

Dalam meniti titi titi harian
Sibuk membuat tilikan
setiap hari hari
aku sibuk

Sibuk fikir yang mendatang
Sibuk rancang masa depan
Sibuk tilik waktu paling senang

Dalam sibuk hari ini
Aku masih mencari ruang
Ruang untuk diri sendiri

Tika ini,
aku bukan hanya pelajar
aku seorang pekerja dan pelajar
Banyak benda aku perlu beri tumpuan

Hingga hanya kadang kadang
aku kurang berfikir panjang
rasa rindu
rasa sayang
kurang aku nak layan
tapi sekali datang
sebak sedih

Allah hanya Tuhan yang tahu
sungguh aku rindu
suasana masa belajar
kawan kawan masa susah dan senang
kawan kawan waktu malam dan siang

Sekarang semua masing-masing ada haluan
banyak tumpuan yang berlainan
moga kita kawan sampai hujung jalan
jumpa konvo tahun depan!

If i can bring it back,i will spend a lot of time with them.
Friends - A complement

Friday, September 19, 2014

Angan - angan

Angan angan
mahu terbang
seperti layang - layang
dari utara selatan
dari timur ke barat

aku pusing
angan angan ini buat aku bimbang
bukan tak nak genggam
tapi geram main dengan angan angan

angan angan orang kata boleh jadi impian
dan bagi aku angan angan beri kita harapan
beri kita kekuatan
cuma
angan angan ini jangan layan lebih lebihan
nanti tak langsai,semua jadi sisa cacian
kalau boleh cuba diamkan
hanya kita dan Tuhan yang tentukan

angan angan
jangan hebah - hebahkan
takut nanti kita kena karan
manusia kiri kanan tak lepas perhatikan
hasutan syaitan selalu di fikiran
ini salah,itu salah
semua itu andaian
eh kau apahal sindir aku bukan - bukan!

diri aku
hati aku
ikut aku
angan angan aku
jangan campur adukkan
kau kau
aku aku
aku nak berjaya kaya raya
dari aku pandang saja
kau boleh orang senang
tak perlu berangan semua orang suapkan

angan angan,
ah senang kau orang
hidup selalu dilindungi Tuhan
nak itu ini senang dapat
senang?

eh engkau tahu kan ini cuma angan angan
eh senang.memang senang
hanya angan angan.
mohon cuba jadikan ia kenyataan.

Kadang kadang kita tak sedar,
angan angan ini lawan kita dalam diam 
Wallahualam

Wednesday, September 17, 2014

Bangun!

aku masih disini
cuba cari masa
gerak jari jemari
menulis ruang untuk hati

aku masih disini
kerana minat dan emosi
aku 'merge' sekali
untuk hasilkan karya asli
walau tak sehebat kak fynn
dia inspirasi
sampai aku benar benar jadi
sehebat metor menti
yang aku kagumi.

aku masih disini
cuba perbaiki diri
cuba gerak sendiri
untuk menulis lagi
Insyaallah.

kapal ini bukan impian 
tetapi ini ramalan 
kalau tiada ombak 
masih tak jalan
lalu bagaimana nak capai impian 
kalau asyik menunggu gerakan orang
bangun!

Monday, September 8, 2014

dreaming for a time

Life is getting more harder than i think . I just done for my diploma and i'm working about four months and i feel working is more hectic than study.that's why the number of my entry year by year makin berkurang dan ini adalah faktor masa yang susah untuk aku manage to keep writing in the same emotion. so for now i just write it short and simple what's my life is going on.


kalau masa boleh push and pull sesuka hati,aku rasa nak pull biar lambat sebab aku bukan yang jenis cepat pickup,cepat bergerak sebab kadang kadang aku selalu still in a blur situation.masa sekarang sangat sangat cepat sampai aku langsung tak rasa cuti .even cuti sabtu dan ahad,mostly cuti banyak full filled with events and programs that i never expect and plan.But i ran to complete all the events to the end without any instruction.jenis last minute yang really hard to avoid because it's my habit. even i planned it early ,i organized it step by step but when it getting to start i'm the who is rushing enough.kadang kadang sampai penat macam berlari 100,000 kilometers even i'm driving or even pakai waze pun still rushing ! and kadang kadang fed up but its something that i can't avoid.*my weakness  but i'm grateful enough all the plan run well and at the end i feel puas.Alhamdulilah.

i need a vacation for a moment but i can't find the right time

So,sekarang aku dah banyak deal dengan masa dan kerja and people.kadang kadang any free time i back to sdn bhd project.aku banyak bekerja dari bersuka ria .just sometime dan sekarang dah tak banyak masa untuk aku take a rest macam belajar diploma dulu.it's really difference,since im fresh graduated students i shoudl gain a lot of experience in verbal or non verbal.almost 4 months banyak benda yang aku dapat baiki and the best part that i can feel is my confidence and communication skill with people.because a part of my works is to meet and educate people so it's a new job scope for me to handle .

i'm a dreamer

For now aku masih rasa macam student sebab maybe still younger *getting twenty-one and fresh graduated. so,mungkin take time untuk aku adapt dengan working enviroment.so any events or program that regarding to my passion and course, i will join macam time belajar .just i want to gain my experience and learn something new.when i become the one of participants i have to sacrifice my time and manage it to the grown.manage time for works and freelance project.and i did it last two weeks at Wakalab,Media Prima Digital which is develop apps within 24 hours with my teams and it's really interesting and i will share the program soon.

It could be interesting if you are computer minded / computer students!
Like seriously,i'm missing this social media ever!even always keep update on insta but here is lagi best !
just pray for my time to keep update my life here.
Till then,good bye.

Monday, June 23, 2014

Well said,miss a lot.

Well said ,

i'm really miss ridiculous things we did
i'm really miss the simplest things i did in diploma
i'm really miss my roommates classmates and deskmates
i'm really miss the spontaneous thing that we did together
i'm really miss the way we solve the problems
i'm really miss the dreams we think for future
even it was like 'hangat hangat tahi ayam'
but we did and we share,
we have too much effort in planning right?
in memories
the time we're step into town
the time when we're late to class
the time we're choosing a meal
the time we're debate for a money
the time to submit last minute project
the time we're travel without any direction
the time we're rushing like a clown
the time we're force to complete an assignment
sometime we're fight and become silence
it's seem awkward enough to make a first step
but it's okay
we're still can handle it right?
the place in our memory
the rest i’m struggling much
the song we sing together
the current issues we debates
the jokes, laugh and emotion
the room and class
all the time i was there
just to finish my study
but today all those thriller things i did
has ended very fast,
i don't know why this feeling is too much.
but i'm really miss.
Insyaallah next year,we will officially graduate together.
till then,we'll meet soon.

Sometime all these moments that i really miss
will make my tears
will burst my eyes
it’s a normal me.
but
i can't stand
when i'm sad
i can't tear it out
else
miracle has happened.
it is normal ? #confuse

You know what,we completed each other for three years there 
by our ability,weakness and strength with unexpected achievement!
May our friendship is long lasting forever okay ?
Dear friends, did you miss me ?
#joke 
Good Night,everybody

Jangkaan Kali Pertama

Aku sangka
Kau punya pengganti yang lebih indah

Aku sangka
Kau benar benar berubah

Aku sangka
Kau benar berkata kata

Tapi,

Siapa sangka
Kau pamer untuk aku buka mata

Siapa sangka
Kau berubah untuk aku terima

Siapa sangka
Kau bohong untuk bikin aku kecewa.

Walaupun begitu kesungguhan kau
Gerak geri kau,aku cuba ikut
Rupanya satu satu aku nampak

Engkau cepat goyah bila aku jauh
Kau mula bertindak bila aku tiada
Aku ikut gerak geri kau dalam diam
Aku jadi pemerhati yang berjaya

Hasilnya aku puas,
sebab aku masih tak nampak keihklasan 
yanng kau pamerkan
Walau berkali cuba kau tawan
Aku masih belum tewas.

Walau berkali aku beri peluang 
Kau masih ulang !
Siapa sangka ?
Sebelah mata pun aku dah boleh jangka.
Bukan kecewa,malah ketawa.
Permainan dusta semua.

"Nothing is imposibble"

Sunday, June 22, 2014

Waktu itu.

Kalau ada rasa percaya, kenapa perlu syak wasangka?
Kalau rasa tak percaya, kenapa perlu terasa ?
Aku manusia , kau manusia.

Kita sama.
Bisa bicara,bisa bersua
Adilkah untuk aku jika kau berdiam sahaja.

Aku rasa,kau pun rasa.
Cuba jangan sesak kan nada untuk berkata
Ego tak kena masa.
Bikin aku menyampah setiap masa.
Mana tahan!
Aku tahu kau ego kalah semua orang
Aku cuba faham 
Tapi kau ?

Sunday, May 4, 2014

Escape your mind with plan !

Assalamaualaikum lamanya rasa tak singgah ke dunia maya yang makin lama makin kelam makin hari makin suram,bukan faktor kemalasan tetapi faktor masa yang harus aku utamakan .
Tak pasti mana satu nak buat 
Banyak perkara,kerja yang perlu selesaikan like a stack of book bertimbun bertimbun memaksa aku untuk membaca.Sibuk adalah excuse yang sangat 'command' dan perlu di ubah excuse tersebut sebabnya dengan adanya dan bergantung dengan excuse 'sibuk' inilah banyak perkara yang tertangguh yang tak dapat dilangsaikan mengikut ketetapan.Bukan sebab sibuk,bukan sebab malas,bukan sebab ada kerja tetapi sebab anda tak minat dan kurang komitmen.This is credit to myself yang selalu ada banyak halangan sampingan!syaitan syaitan yang sering menghasut aku lari dari semua tanggungjawab manusia di muka bumi ini. Kejam bukan syaitan ? Tapi fikirkan kejam lagi diri sendiri bila terpaksa mencipta pelbagai alasan untuk mengubah haluan .Tamak manusia semua benda dia nak buat.Semua benda dia boleh fokus,walhal benda sikit pun susah dia nak handle apatah lagi nak galas another/freelance jobs.Actually it's depend .You buat you dapat.Asalkan you nak,rasanya semua benda you boleh capai.Cuba bezakan orang yang tak bekerja duduk rumah dan orang yang tak bekerja,mencari kerja.Ini semua atas kemahuan.You nak! You buat ! Of course ada halangan tetapi disebabkan kehendak perlu teruskan walau gagal di tengah jalan.Cuba bangkit ! Percaya dengan diri sendiri anda boleh .Aku sekarang memang banyak kerja tiada masa *okay ini alasan * See? Human make mistakes.But at least she knows! 
Getting lost is not to make you down,but it may make you improve
Actually aku rasa lepas ni banyak tanggungjawab dan komitment yang perlu aku utamakan aku terpaksa 'commit' kan segala alasan untuk aku terus bergerak ke hadapan .Aku sekarang berada di sempadan jalan untuk ke depan tapi apa boleh buat nak berada di sempadan seberang jalan itu mengambil masa.Banyak manusia lalu lalang yang ucapkan selamat,memberi semangat malah ada yang memandang sinis tanpa motif atau notis ! It's make me down so badly. Tapi dengan harapan aku gagahkan jua sebab aku suka mencuba .Aku suka benda baru.Aku suka enviroment yang baru sehingga lah aku bosan untuk cuba lagi rasa benda baru.Ia bertukar from one to one sampai aku benar benar puas hati,bosan hingga tiada jalan .Bagi aku jalan untuk ke depan sentiasa ada,sebab itu kena luaskan pemandangan tengok orang yang depan .Jangan tengok orang di belakang sebab kalau tak kita tak akan jalan .Cuba lihat orang yang di depan walau hanya selangkah cuba perhatikan dan lawan.Anda mampu bergerak lagi depan dan mungkin boleh jadi lebih jauh one hundred km ! Believe in yourself and mampu. All your wish start from your mind.
Secara virtual boleh nampak kan bayangan boleh pergi jauh dari your act! 
Raise your act,Insyaallah imagination itu pelan pelan akan jatuh,sebab previous imaginastion come true !

Maafkan aku,jika intro terlalu make you down,but it make my positive charge raise up okay ! Aku baru sahaja start spend my time with nature *means healthy lifestyle.Setelah sekian lama aku memanjakan diri dalam air-cond tiada udara segar. Aku sangat suggest who want to release stress,buang negative charge,remove ketakutan,buang lemak lemak then tambah otot otot in  healthy lifestyle you can go for Escape!
Escape! 
 You can fly like a monkey or spiderman.Banyak level and most of game here challenge your strength 
A part from escape games.
Make sure you try semua level untuk test your strength and energy .Extreme ! and puas hati
Worth to try !
Yes,escape means once you step in you got your choices to find the way out or just still in .From that you can know how strong and brave you are! I'm suggested for those yang suka cabaran dan yang tak suka boleh cuba beranikan diri untuk maju ! bukan mundur di belakang .Setiap langkah yang kita cuba,ada isi dan pengalaman .Itu sebenarnya main and minor pengetahuan,then share untuk stay up and keep in touch .Life semua orang tak sama but we have our same routine untuk langkah ke depan dari hari ke hari. Masih ada yang tak mahu bergerak tapi sampai bila? Fikirkan ! You join escape, since you step in you will know you can't wish that you can turn back because yang belakang semua samangat nak maju tak kan you sorang nak turn back ? Tak malu ke ? Stay positive okay ! At last if you free,come and join this adventure game in Penang. Escape,Teluk Bahang its make your mind wise! and remove your negative charge.Stay forward,keep smile ! Dear friends,everyone can do if you want . Believe in yourself and make confident level.
Yang ni paling worth and extreme to try.Feeling feeling macam bunuh diri and kill out all problems.It's high!
Please try okay ! Hihi
Akhir kata,i had finished my internship program and secara tak official aku dah habis diploma untuk three years ! Time flies so fast, am i right ? Alhamdullilah . Aku besyukur selesai semua untuk cover my diploma program,dipanggil untuk interview and I just got it starting next week. Alhamdullilah,unexpected for full time job that really relate with my course! sebab expect nak menganggur dalam berbulan bulan since selepas habis belajar untuk buat full time suri rumah dan driver family.I'm grateful enough with this nikmat.Thank you Allah and this is reward for myself yang tak putus putus apply online jobs.Daoakan aku untuk jadi pekeerja yang cemerlang hihi.A big clap for myself.Just one believe in yourself than you can rate yourself not others.Others can complain you,who cares ? but you can complain then change! Baru rare ye dak ? Hihi This entry is a wrap what i'm feel and what i've done.
At last we break our laugh,moments and journey here!
Fear is the root of your problems,so fight it ! Escape to find the way !

Setelah sekian lama,hai kawan kawan alam maya :)
Harap sihat dan be strong dengan segala kesulitan 
media masa kronik saat ini.
Stay stong and be healthy.
Sekian,salam

Tuesday, April 1, 2014

Ujian

Tenung lah engkau sehabis mampu 
Hingga kau puas hati,biar sakit hati 
asalkan kau puas.
Puas memerhati,puas menahan diri.

Manusia ini tak pernah rasa puas.Apa yang dah dapat,apa yang dah ada walaupun depan mata masih nak mencari yang penyedap rasa.Siapa tak terasa ? Aku bukan lah seorang yang sempurna,tapi cukuplah bagi aku untuk menjaga dan tidak goyah pada sesiapa yang punya harta mahupun yang kaya.Bagi aku banyak harta ni tak kemana,kalau hati tak pernah ada rasa.Abaikan intro yang gila - gila. Lagi dua minggu aku kat sini.Rasa cepat gila,tapi satu apa aku tak tengok lagi.Laporan akhir,laporan company laporan dan laporan .Semua kena mengarang,makin hari dah la skill makin hilang,idea kurang dek kerna busy memanjang. Tapi apa boleh buat akan datang tetap kena hadap.Makin hari,makin banyak komitment.macam nak perang .Kerja kiri kanan.Otak penat fikir mana satu aku nak dahulukan.Permainan semua.Tapi itulah aku kena redha buat semua,ini ujian.UJIAN.

Apa yang kita nak,tak dapat.Yang tak dicari,dapat.
Itu ujian.

Life aku sekarang rasa macam sedikit tunggang langgang.Semua jadi sekerat jalan.Kadang - kadang tekanan dengan ujian .Tapi aku cuba lawan.Macam macam aku buat gelak,lari macam orang gila biar segala stress hilang.Balik rumah duduk pandang kiri kanan.Otak mula buat hal,yang mana satu problem nak selesaikan.Kalau rules dalam otak aku ada one way untuk first in first out .Queue yang betul aku rasa sekarang hidup aku mungkin lebih manage and for sure lagi tenang.Tapi sekarang my mind turn into round robin asyik memusing patah balik act like theory MH370 #joke.Same routines.Siapa tak bosan ? sila angkat tangan. 
Bila life become packed ni macam macam benda nak buat,serabut serabai sepanjang masa. Kadang - kadang benda yang simple jadi susah.Sapa tak marah .Mengamuk tak tentu arah .Haha.Itulah manusia tak pernah puas.Tak pernah rasa diri sempurna.Sekali sekala kena jugak take time untuk puji diri,yakin boleh. Yang sakit pasti pulih.Act like 'problem'.Yakin semua boleh handle,boleh settle.Confirm yang mati boleh hidup,yang hidup pun for sure boleh mati .Cuma satu ! buat dan terus yakin .Kalau masih ragu ragu,aku sarankan untuk dongak dagu,then tengok langit lama lama ingat Tuhan.
Nikmat mana lagi yang mahu kau Dustakan ?

If I can achieve this,just one ! I'm grateful enough.

So,
Ada ujian ? 
Ucap Alhamdullilah,bukan kau sorang
Semua orang ada ujian.
Salam 1 April

Tuesday, March 18, 2014

Idea per second - The date

The date,
make me confuse to choose or refuse.
Of course the best answer I had decide.
Allah know the best.

Friday, March 14, 2014

Harapan.

Jangan beri harapan
kalau kau tak jamin untuk kotakan.
daun kering musim kemarau
aku sedih
bilang titik masa,mana hujan?
aku menanti.
walau belum hujan aku masih terima.
panas terik hari hari aku boleh hidup
cari kipas,cari angin tepian pantai
kadang kadang aku hairan
susah benar manusia nak terima
benda dah jadi,kenapa perlu jadi penyebar
cerita dusta,cerita dulu kala.
kau ungkit !
matahati terbit hingga hujan petang
kau ungkit lagi !
mana lagi aku nak cari kepercayaan
sedangkan kau kadang kadang hilang
kemudian datang.
Aku dah beri ruang dan peluang
tapi mana perubahan ?
manusia,
jangan kau ingat hidup ini tiada pengakhiran
yang hanya separuh jalan
cuba cari serpihan ruang baiki kelemahan
agar kau aku
ada persamaan.
bersatu !
bukankah itu kau mahukan ?
cuba buktikan,aku perlukan penjelasan bukan permainan yang kau sengaja aturkan

Monday, February 10, 2014

#throwback #draft

Nampaknya begitu cepat masa berlalu .Almost tiga tahun bersama mencipta kenangan baru . Ia dah hampir kepada penghujung untuk kita 'stay together' seperti selalu.It's hard to say.and it's all about friendship classmate,roomates deskmates and friends.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hingga ke penghujung hari kita cuba cari lagi celahan hari untuk duduk sekali .keluar sekali .sembang sekali . Sebab kita tahu lepas ni ,kita dah tak ada masa lagi nak repeat 'spontan' things yang selalu kita buat dulu. Even kita jumpa sekali,feel dia lain bukan macam dulu .it's still differences and i can make a differ. dulu satu tempat satu bilik satu kelas .after this, mungkin satu rasa sebab ada network yang bisa connect kita punya feel . tapi it's totally differences .sebab masing masing punya life sendiri bilik sendiri .after all,kita tetap akan stop di sini,dan cuba berdikari with new surrounding new friends . pendek kata kita dah masuk ke fasa dua puluhan .ke alam praktikal kerjaya .jadi feel it ! hope all of us success till the next next generation xoxo.
till then be good ya all friends !

Four of us.Miss it so badly dear :)
.Traveler.
Harap akan datang semua kembali dengan senyuman sendiri.Keep it up ! Smile .
Dan tiga tahun pejam celik pejam celik .kejap aja sampai .

this entry written time dekat kelantan
#draft
#throwback

Thursday, January 23, 2014

Masih merasa dan terus mencuba

Salam perantau semua,walhal sekarang aku bukan lagi seorang perantau tapi aku masih ada keinginan untuk merantau lebih jauh dari biasa.Alhamdullilah hingga hari ini Allah bagi aku nafas dan peluang untuk aku taip habis habisan malam ini.Merantau bagi aku bukanlah hanya di negara negeri orang tetapi merantau dengan surrounding yang baru.Almost 2 month i'm being here as practical student I'm exposed how to being a good workers and how people in company work as.Their attitude,their manners,their conversations and all gave me a thousands experienced and enviroment. Macam macam habit,perangai macam - macam orang aku jumpa.Dan rupanya baru aku sedar aku baru step into real life.It's really real for me.I'm predict that one day I had to face all those people that I'm didn't expect to know.I didn't expect that they're YB,Tan Sri,driver,cleaner,teacher and so on tetapi manusia ada yang lebih dan kurang dari itu.Hanya aku yang rasa macamana itu dan ini.Intro ini hanya untuk sharing yang since you are practical student please adapt yourself well! You are such a newbie .Friendly and talk active manners is needed.If not,you are missed a lot . Just a reminder.
Adapt yourself with full of spirit.
Dalam kondisi sekarang aku masih sibuk menjalankan tugas.Role aku sekarang bukan untuk aku seorang tapi untuk semua.Nak atau tak still kena teruskan bukan macam study dulu.Nak tak nak ikut suka.It's up ! Sekarang under orang,apa yang dia nak itulah perlu handle and solve without rest time.It's a big differences. Ya,bukan senang nak jadi senang.dan bukan susah nak senang.Cuma satu cuba usaha dan cuba untuk berjaya.Bagi aku zaman sekarang apa lagi benda yang betul betul boleh treat someone,just use your money and pay them.If high amount of money,so lagi superb hasil kerja tu but it's depends on how your manners and skill doing.Just my opinion how people can read and treat someone easily without any talk session.Oh dunia!
Makin hari makin lelah dek kerna dunia yang penuh dengan dusta sengketa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi aku,bila kerja under orang.Stress! Ya,stress itu perlu untuk setiap satu cerita hidup kita,Kalau tiada stress apa lagi ujian untuk kita.Cuba tanya dengan nada yang seia sekata dan jawab setulus jiwa.Semua orang pernah stress .Cikgu,pensyarah,doktor,ibu,ayah pelajar semua orang pernah stress.Tekanan ini  biasa,bukan aku yang kata tapi fakta.Ikut logik pun masih boleh terima.Cuma stress bagi aku ini mudah ! Cuba untuk berubah,cuba melangkah dan cuba ! Aku pernah stress sampai tak tidur lena.Pernah stress sampai mengalir air mata.Tapi apa aku boleh buat cuma berdoa pada yang Maha Esa kuatkan jiwa.Hingga sekarang aku megah bukan nak lagak berjaya tapi aku megah sebab aku cuba elak dan terus lupa! Semua segala stress aku lepas aku biar aku lawan hingga aku benar benar rasa ia keluar secara perlahan dan akhirnya ia hilang tanpa sebarang sisa sisa yang perlu dibuang.Kadang kadang manusia ini biasa bila having a big problem she/he thinks can't solve it and starting turn into weird things.
Weird.Suicide is everywhere.Find your happiness before you die.
Is that any problem solving that you are serve in your life indeed.Just one,please support yourself !If not,you are coward person and afraid with everything!Just step forward you will see the light is near to you.Believe it ! *Note for myself
See,the light is coming.Full of hope.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Since i have a free time now,aku rasa macam nak expose semua story yang selalu menghantui hidup kaum hawa,lagi lagi lelaki.Bagi aku lelaki ini mudah ! Ya,mudah untuk cari pengganti,mudah untuk mendampingi sedangkan hati terlalu memberontak nak itu ini.hingga hari hari kaum hawa terpaksa telan kata kata manis dalam diam.termakan ayat ayat dusta belaka.Mana lagi aku nak cari kalau semua lelaki aku anggap begini.Memang tak semua lelaki sama.Jadi mana perbezaan kalau yang aku jumpa semua sama.Maybe i'm born to hurt or i'm born to give a heart ! 
Oh no! Just a story .
------------------------------------------------------------------------------------------------
Realiti sekarang semua orang tak kan ketinggalan dengan teknologi yang mendatang.Bagi aku teknologi zaman ini sentiasa dikejar dek kerna hantu duniawi menguasai kehidupan remaja apatah lagi kanak kanak yang masih belum matang.Hopefully they had their own lifes as their grandfather live suatu ketika dahulu.
Respect !
Akhir kata,aku rasa macam nak menjerit lepaskan semua tekanan yang ada dari remaja hingga ke tahap dewasa.aku rasa macam nak cari pulau yang jauh di mata tapi dekat di utara.Ohhh ! Kadang kadang aku rasa belajar lagi selesa dari kerja. dan bila aku belajar aku rasa lagi best kerja.Aku confuse mana satu aku suka .Ini sebab semua kewangan tak stabil sebab tu aku seronok kerja ! materialistik ! tapi bagi aku semua orang mata duitan.Sebab  kerja hebat apa lagi yang dapat kalau bukan gaji lebat.Fikirkan.Ilmu itu luas jadi cuba tuntut untuk luaskan lagi pengalaman dan matlamat.Semua orang boleh buat .Cuba ! Jatuh bangun bukan tak cuba tapi dah cuba.pengahkiran cerita akan ada yang berjaya .Cuba percaya ! Hahaha
How can i believe live with luxurious things and achieve the greatest moments soon.
Full of Happiness.I wish I can feel it as well.
No more sadness in my life.
Till then good night everyone. 
Sekian,Salam.

Thursday, January 2, 2014

Already end.Bye 2013.Hye 2014.

It's running like a thunder coming until I realize that is going to the ending. Oh,before I'm started I just wanna say that two thousand and thirteen is really really means for me. Taught me everything from nothing until knowing.From lower to highest.From blur and start blinking.*Ting Ting Ting*

Kalau aku "resize width life" aku sepanjang dua ribu tiga belas .What can I say it such a big challenges that I had face ! What can I conclude is I'm pass with million of loves.Screaming like a hell because I'm free.Apa yang selalu aku risau,yang selalu aku fikir yang selalu aku expect is sangat memuaskan hati .Banyak benda yang aku hadap untuk tahun 2013,semua aku dapat handle.Banyak effort yang aku sacrifice untuk life aku. Banyak benda aku belajar nak puaskan hati aku yang selalu fikir bosan untuk setiap hari.Bosan itu ini,hingga akhir aku dapat jugak atasi.Bukan untuk being a overbearing person I just realized that I can and I do. Unbearable, I can pass dengan masalah project,masalah exam,masalah jiwa emosi and special case is masalah hati.So,i'm paseed ! Sekarang,semakin hari aku sibuk jadi banyak benda aku nak fikir.Alhamdulliah hati aku makin senang dirawat dan masih boleh diubat.
Tapi fikiran aku masih "remain the same" untuk yang bernama lelaki.Lain orang lain cara untuk menilai 'jiwa lelaki '.Janji itu ini akhirnya mati sendiri.Hanya itu aku tak boleh janji untuk change my mind untuk puaskan hati.
I'm real;y really hope dua ribu empat belas dapat buka pintu hati,buka mata hati,buka minda untuk explore yang lebih baik dari tahun ini.
Create something yang limited /extraordinary
I'm a little bit sad with the ending of two thousand and thirteen because i'm feel the tears in happiness. The big changes 2013 and 2014 is turning to family instead of friends aka roomates,classmates.Before this,most of peek time we complete and compete each  with fears,tears and cheers together. Spazz with emotion.Now,it's hard to stay together for all time because we are no more in one class and hostel.Please,being a good daughter/son for your parents.Haha.
.Stay strong and being together.
Just a moment we can create happiness,even in tears which is the ending part.A big of tears and apologize from me if any.
Good Luck dear friends,classmates.
Hopefully,we will meet again on Convocation Day and become a successful person in future.Yeah,this year is totally to the ending.
Believe it ! How sad :'/
Goodbye 2013.Hye 2014.

"Attract what you expect,reflect what you desire,become what you respect,mirror what you admire"


Dear 2014,
I hope I became stronger than 2013.
Two thousands and fourteen target,resolution and goals.
It's just a beginning,just trying and let's training.
Till then happy new year,wishing all of you achieve your dreams as well.
Have fun !
Sekian,
Salam Tahun Baru