Thursday, December 28, 2017

Zon Selesa

bukan mudah
untuk melangkah
tak mudah seperti kita ungkapkan kata-kata
bila kau kata nak keluar dari zon selesa
dari niat hingga kau melangkah
ia akan mengambil masa
bukan sehari dua
tetapi terpulang
untuk setiap individu
yang punya cara

cadangan aku
beri lah masa yang telah Dia rancang
untuk kehidupan kita di depan
ambil lah berapa lama masa
tetapi jangan terlalu lama
kadang-kadang kita tak akan jangka
cabaran keluar dari zon selesa
sangat berbeza
dan takkan pernah kecewa
bila kita dah berjaya

perasaan berjaya itu
belum pernah aku merasa
kerana aku masih belajar
cara untuk terima
dan bawa selesa ini
keluar dari kotak yang rumit
dari titik hitam yang tak pernah hilang
hingga putih
kerana setiap titik yang datang
adalah penentu untuk aku bergerak ke hadapan

pandanglah apa yang ada di depan
bangkit di sebalik kekecewaan hari ini
untuk tempuh hari mendatang
kerana peritnya ketika ini
itulah yang beri kita peluang
maju dari sekarang
dan yakin dengan apa yang telah Dia aturkan
pasti ada sebab musabab yang tak mampu kita lihat
maka bangun dan teruskan berjuang





Saturday, September 16, 2017

Bunga

Di bawah pohon rimbun kehijauan
Jika dihenjut pasti gugur daun kekeringan
jelas warna kuning kemerahan
lalu ia berlalu terbang
di bawa angin layang-layang

tiada yang kekal
untuk aku simpulkan kisah semalam
kerna yang hadir lagi menyenangkan
malah teratur kemas di setiap laluan ke hadapan
dan ia keajaiban untuk aku teruskan
perjuangan yang penuh dugaan

Setiap apa yang aku idamkan
Tak mungkin sama seperti semalam
jika ke kanan mungkin ada pertambahan
jika ke kiri seperti ada yang persetankan
Impian ini jika dikira setiap satu helaian
persis bunga-bunga yang tumbuh mekar
semuanya pasti indah belaka
lagak seperti permaisuri di atas awan
dipercik bau wangian

impian yang pernah aku catitkan
pada setiap cebisan bunga-bunga mekar
entah berapa kali aku ceraikan
satu demi satu
malah wangian yang indah
hilang dibawa angin lalu
tanpa ada rasa belas kasihan
untuk aku
yang sentiasa punya impian

dan aku tahu kadang-kadang
walau kita berusaha untuk miliki satu impian
jika tiada redha dan izin-Nya
pasti tiada hasil yang memuaskan
kerna Dia adalah sebaik-baik perancang

maka teruskan berusaha
titipkan doa
untuk setiap impian
yang pernah kita idam
semoga ia milik setiap insan
Insyaallah.

Sunday, July 16, 2017

Puisi Terakhir

Dalam kelam atau terang,
kelibat yang muncul,
walau dalam terang dan diam,
cahaya kelipan bunyian binatang malam,
menyelubungi setiap sipi tubuh badan,
bukan mahu menganggu tidur malammu sayang,
hanya mahu mengintai serpihan hati harapan,
mungkin bukan cinta yang pernah aku idam,
tetapi persahabatan yang kerap kita jalinkan.

Cahaya disuluh bukan untuk kita jernihkan,
tetapi cukup untuk betulkan satu kekhilafan,
Jika cahaya ini kau sengaja silaukan,
dengan kilauan permata yang lagi bahagia,
Maka aku berundur pada Sang pencipta.

Ini adalah yang terakhir,
jika bulan dipertemukan dengan bintang 
pada setiap malam,
siang ditemani matahari terang berderang,
malah awan mendung dituruti hujan, 
petir diiringi dentuman bunyian.


Persis juga kita, manusia dua jiwa,
berlainan jantina,
kembali mahu bersama berjalan,
menggapai impian yang pernah kita gengam,
walau bukan satu harapan,
ini pasti ujian.

Jika ada ikatan kita, maka ada,
Jika tiada maka aku redha semahunya,
Mencari yang lebih utama,
Cinta Dia yang sudah pasti kekal selamanya,
sebelum bertemu pengganti dunia.

Puisi terakhir untuk dia.