Monday, May 27, 2019

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan kali ini
Terasa nikmat sekali
Hari hari aku rasa syukur yang tak pernah aku impi
Syukur, Ya Allah diberi peluang lagi
bukan hanya untuk Ramadhan kali ini
tetapi setiap rezeki yang Engkau beri
Alhamdullilah..

Nikmat yang sentiasa aku amati adalah rasa rindu hati ini
rindunya hati untuk kembali ke rumah-Mu Ya Allah
berjalan-jalan melihat jauhnya perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W
sirah Rasullallah, kekasih Mu Ya Allah
perginya aku ketika itu bukanlah perkara yang aku jangkakan
tetapi ia satu rezeki dan kenikmatan yang pernah aku minta
nikmat yang hanya Engkau mampu beri
Syukur..Alhamdullilah..

Aku rindu sangat suasana
ketika semua manusia berpusu-pusu
mencari cinta-Mu di Masjid Nabawi
berkain putih suci
Di pintu Raudhah yang pasti
memberi satu rasa yang kekal abadi
malah sebak kerana Engkau beri
rasa syukur ketika itu yang tidak boleh dibeli
walau ditawar emas berkali-kali

Rindu setiap tingkah laku umat Islam
yang sentiasa mahu memberi
walau hanya satu senyuman
ia tetap, sangat menyenangkan

Ujian yang datang
bukan sahaja mengajar erti kekuatan
tetapi sabar dalam setiap apa yang Engkau aturkan
itulah sikap yang pasti memberi kesan
dalam rutin harian aku hingga sekarang
Sabar...

Kadang-kadang,
sering aku persoalkan kenapa belum, kenapa sudah
kenapa ya, kenapa tidak
bila difikirkan
inilah yang Engkau aturkan
dan Engkau sebaik-baik perancang
lalu aku faham erti sebenar kehidupan
tak semestinya luas dan mudah untuk melangkah
yang susah pasti ada hikmah
yang berat pasti ada arah
moga yang seterusnya semuanya mudah
Insyaallah..

Moga Kau berkati setiap ibadah
dan ampunkan kami yang sentiasa terlanjur
membuat salah
Astaghfirullah hal azim..

Salam 22 Ramadhan 1440 H
27 Mei 2019