Friday, September 19, 2014

Angan - angan

Angan angan
mahu terbang
seperti layang - layang
dari utara selatan
dari timur ke barat

aku pusing
angan angan ini buat aku bimbang
bukan tak nak genggam
tapi geram main dengan angan angan

angan angan orang kata boleh jadi impian
dan bagi aku angan angan beri kita harapan
beri kita kekuatan
cuma
angan angan ini jangan layan lebih lebihan
nanti tak langsai,semua jadi sisa cacian
kalau boleh cuba diamkan
hanya kita dan Tuhan yang tentukan

angan angan
jangan hebah - hebahkan
takut nanti kita kena karan
manusia kiri kanan tak lepas perhatikan
hasutan syaitan selalu di fikiran
ini salah,itu salah
semua itu andaian
eh kau apahal sindir aku bukan - bukan!

diri aku
hati aku
ikut aku
angan angan aku
jangan campur adukkan
kau kau
aku aku
aku nak berjaya kaya raya
dari aku pandang saja
kau boleh orang senang
tak perlu berangan semua orang suapkan

angan angan,
ah senang kau orang
hidup selalu dilindungi Tuhan
nak itu ini senang dapat
senang?

eh engkau tahu kan ini cuma angan angan
eh senang.memang senang
hanya angan angan.
mohon cuba jadikan ia kenyataan.

Kadang kadang kita tak sedar,
angan angan ini lawan kita dalam diam 
Wallahualam

No comments: