Saturday, October 13, 2012

blank

Setiap ruang yang ada buat masa ini.Mesti otak menghempas pulas dengan sekuat-kuatnya kekerasan.BLANK. Kadang-kadang aku harus panggil calculator untuk menghitung hari-hari,total hari,duit hari-hari supaya tidak lari dari bajet yang telah dituliskan.Yang dirangka agar tidak lari dari luar batasan yang sedia dibukukan.
Otak menjadi blur sehinggakan sedar atau tidak masa-masa yang terbiar itu seperti emas yang bila jual dapat untung yang sangat memberansangkan.Bukan wang yang aku ingin persoalkan sekarang ! tetapi masa yang totally  macam emas agar dapat aku bahagikan sama rata untuk setiap urusan.Tiap-tiap perkara yang aku fokuskan, hanya untuk yang benar-benar ada minat yang sangat dalam.
Dari situ aku rasa satu kerugian yang amat.Sebabnya aku tak dapat deal dengan sebetul-betulnya satu-satu perkara.game.class.makan.tidur.online.assignment,task.game,class,sembang,tidur,badminton,class,text,call,game,makan,tidur,tidur,tidur.lastminit
Kadang-kadang rasa kesian dengan otak yang tak  henti-henti berfikir.Tak henti-henti mem 'process' yang aku sendiri tak relakan.Ingin sahaja tekan button pause atau forward untuk lajukan fikiran ini.
Makin lama otak ini berfikir,makin banyak persoalan.
Untuk saat ini aku ingin merehatkan otak yang terlalu banyak memikirkan,menghitung dan menilik masa-masa akan datang mahupun masa silam yang terang dalam samar.
Aku bukan takut untuk memikirkan tapi aku cuma mahu hilang sebentar dari satu-satu masalah yang membelenggu dalam jiwa kekacauan sekarang.
Mari ikut aku bermain menenangkan fikiran,rehatkan minda,kuatkan stamina.Lai lai.
Harap lepas ni aku dapat tingkatkan speed kelajuan otak
untuk cepat catch up and solve tiap-tiap malware dalam otak ini
biar  lambat sikit virus,worm,pop up,spyware nak masuk menggangu otak yang sedia terganggu ini
.Sekian.

6 comments:

Yana_SaljuPuTIh_ said...

perhhh..ayat network tu... hehehhe

.FH. said...

yana network la sangat kan..lalalala..nak apply kan dalam kehidupan seharian kan hahaha.

ஜ miss klanika ஜ said...

semoga otak akan speed up nanti . hehe

Afi Luffy said...

Banyak betul virus. Kehkehkeh!

.FH. said...

miss klanika :haha harap-2 la kan..
afi : nak kena format sebenarnye otak nih kihkihkih.

Afi Luffy said...

Cepat sikit format tu. Nanti cepat je service dia XD