Wednesday, December 11, 2019

Kenangan bersama Tok


Kudrat beliau untuk anak dan cucunya 
Hasrat dan impian beliau untuk semua 
Celoteh dan cerita beliau 
Kisah lama yang sering aku dengar 
tentera dan askar yang berkorban 
zaman orang dulu berperang 
kisah kesusahan, payahnya kehidupan 
besarnya pengorbanan untuk anak-anak 
dan keluarga yang besar 
cerita-cerita yang buat aku termenung 
siang dan malam 
wujudnya dongeng semalam 
walau tak pernah aku merasa zaman itu 
tetapi beliau mengajar aku 
untuk terus sabar dan berusaha 
teruskan selagi terdaya 
teruskan berdoa 
hingga berjaya...

setiap kali aku ke kampung 
tiada intenet wayar yang bersambung
hanya bergantung pada data telefon
lalu aku jejakkan kaki 
panggilan sayup yang akan memanggil
atau jeritan aku 'tok oo tok', 'tok mana tok?'
yang memenuhi seluruh ruang 
dari ruang tamu lalu terus ke bilik belakang
bersalaman serta ciuman di dahi 
sambil bertanya khabar hari ini 
- lauk apa tok makan hari ini?
- siapa masak hari ini?
- ubat makan ke tak lagi?
semuanya dijawab dengan jelas sekali 
membuatkan hati ini tenang sekali 
lalu ditambah lagi cerita hari-hari 
diselit leteran dan sambungan cerita
yang sentiasa bikin hati ini lega
tok makin sihat dan ceria 
alhamdullilah  

walaubagaimanapun,
siapa sangka ajal maut ditangan-Nya
tahun ini, tarikh 28 September 2019
perginya tok yang aku sayangi 
tok yang aku cintai 
tok yang sentiasa mencintai kami 
anak menantu dan cucu yang kadang-kadang 
sering gusarkan hati
beliau sentiasa bercerita hingga puas hati
dan paling aku suka
beliau sentiasa memberikan yang terbaik
tak kira dalam masakan dan kebaikan
dalam setiap apa yang beliau inginkan
semangat tok, berikan aku satu suntikan
walau pahit 
walau letih 
walau berat
buatlah yang terbaik 
dalam setiap perkara yang kita inginkan
belajarlah dan jangan pernah putus asa
kerana rezeki itu dari Maha Esa
bukan kita yang aturkan 
tetapi Dia yang berikan 
berusahalah sehabis baik 
walaupun kudrat tak mampu 
tapi selagi hati mampu untuk berdoa 
Berdoalah 
Solatlah 
buat yang terbaik!

tok juga yang mengajar kami anak cucu 
iqra' dan al-quran 
walau kesihatan tak sempurna 
seperti dahulu zaman muda
tetap
jaga solat dan beribadah
hingga hari-hari terakhir 
rindunya Ya Allah 

tok, tempat kadang-kadang aku meluahkan gundah di hati 
lalu kata kata tok sentiasa tenangkan hati ini
itulah habuan hang hanis
terima dan berdoalah 
nasihat dan pesanan tok  
terpahat sampai bila-bila 
rindunya Ya Allah 

setiap kali nak travel ke sana dan ke sini
tak pernah lupa telefon tok doakan perjalanan ini 
rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
tempatkanlah arwah tok aku Hajjah Ramlah Bt Md Isa dalam kalangan orang yang beriman 
lapangkan kubur beliau, ampunkan dosa beliau dan berikan Syurga buat beliau
al-Fatihah buat arwah tok......
'tok, kami rindu' 

No comments: