Saturday, November 29, 2014

REVIEW #1 : CATATAN MATLUTHFI

Since dah lama aku tak meluangkan masa bersama manusia manusia dia alam maya,ini adalah kali pertama untuk aku buat review buku yang dihasilkan oleh matluthfi sendiri iaitu Catatan Matluthfi yang di publish Puteh Press.Paling impressive yang aku nampak adalah teknik hasil lukisan dan catatan yang agak baru dan differences than others.Idea seni yang real match dengan dunia matluthfi sendiri iaitu seni bina atau bidang architecture.Kesimpulannya,dari segi design dan kreativiti tersangatlah 'win' untuk capture para peminat yang mengimpikan bahan bacaan yang tak bosan dan santai. Maaf kalau agak formal sebab dah lama aku tak menulis.


Aku menghabiskan buku ini dalam masa empat jam direct with rest sebab aku risau kalau tiba tiba aku rabun macam matluthfi.*awkward . Perwatakan Matluthfi based on his story macam humble and of course attractive with words and jokes.So,dekat situ korang boleh nampak jalan cerita dia tak bosan dan sangat fun dan bikin aku curious sampai muka surat akhir.Sampai matluthfi suruh aku share catatan aku pada muka surat yang terakhir.Its fun because there is interaction for us as a reader. Maybe sort of inspiration from his story we can create our own story like him even tak hebat macam dia tapi nak jadi macam dia.Matluthfi kata Go Travel! Takpun pergi supermarket guna jalan jauh. Travel jugak tu ! 


Buku catatan matluthfi banyak mengisahkan tentang kehidupan dia sendiri, family, kawan kawan, pelajaran, persekitaran, keagamaan, pengetahuan, politik dan pengalaman since dari kecil kecil alam hingga graduated dan ke alam master sekarang.So,kisah kisah dia agak fun dan sangat deep dengan penulisan yang agak santai dan mudah bagi aku. Mungkin ada makna yang agak dalam,ia buat kita berfikir dan terus terang pengetahuan yang luas bila dikongsi akan terbuka lagi luas untuk kita fikir. Dari segi penulisan yang rojak dan senang faham sangat capture aku punya emosi untuk terus senyum dan berfikir malah ada part yang boleh improve aku punya literature english sendiri. 

Matluthfi banyak menceritakan tentang situasi dan pengalaman yang dia alami dekat aussie dan cara dia berkomunikasi serta pergaulan dia yang tiada gap cina melayu india lantak hang! Hahaha janji hidup jangan bermusuh musuhan .Kita satu Malaysia bukan ?Bagi aku banyak knowledge yang dia kongsi boleh dijadikan inspirasi dan yang best bila dia boleh buat aku berfikir kenapa itu dan ini.Setiap orang beza pendapat dan pengalaman tapi bila dah expose into something yang berlainan macam matlutfi kongsikan ia adalah satu pengetahuan yang agak luas untuk kita kaji lebih lagi. Malah dari segi religious banyak yang dia kongsi untuk kita yang belum pernah ada kawan rapat berlainan bangsa dan agama.Bukan racist ya ! The part when matluthfi related with his daily routine update on twitter. It's quite unique!


Kesimpulannya,buku hasil karya matluthfi berbaloi untuk beli,baca dan teliti dengan hasil teknik kombinasi gambar dan tulisan malah warna dan rajah yang main peranan agar mudah para pembaca faham apa yang disampaikan walau banyak yang tersirat dan deep. Pesan aku jangan rasa menyesal untuk beli,lagi lagi kalau yang minat nak sambung oversea atau aussie dan junior bidang architecture dan seni.Kepada matluthfi teruskan menulis dan selamat maju jaya dan berkongsi lagi.Mungkin lepas ni boleh buat Catatan Matluthfi Dua hingga PHD dan berbini *jokes. Apa pun lukisan tu exclusive lain dari yang lain.By the way enjoy reading for those yang baru nak baca,fikir dan teliti.Bagi sesiapa yang belum beli boleh terus beli dekat BookCafe sebab servis yang cepat dan tepat with notification untuk pembeli. 

p/s part slank utara paling aku suka nak baca

Sekian review untuk pertama kali "Catatan Matluthfi" 

2 comments:

zainatul abu bakar said...

Thanks for review. Tak sbr nk beli! Huhu

FH said...

zainatul: Tetiba rajin nak review .Beli la tak rugi ! Selamat membaca and selamat tahun baru :D