Thursday, March 5, 2020

Benar

Jika Engkau tanya inikah yang aku inginkan?

Jawapan aku: Ya, Syukur Ya Allah.

Sesungguhnya rezeki daripada mu dan aku lah manusia yang paling terharu untuk setiap rezeki yang Engkau aturkan untuk aku.

Sebenarnya, ia adalah benar, sambung master di oversea adalah impian yang paling besar untuk aku tunaikan dan aku tak pernah sangka aku diterima dan diberi peluang oleh Mu untuk aku berjuang dalam perjuangan ilmu ini walau kemampuan aku sebelum ini benar rasa jauh dan tak mampu untuk ke oversea untuk master yang aku inginkan dan impikan. Tapi aku yakin perancangan Mu buat aku adalah yang paling terbaik. Rezeki aku hari ini adalah berkat dari doa mak dan abah, orang sekeliling dan berkat dan izinMu. Alhamdullilah.

Ya Allah, aku yakin Engkau adalah sebaik-sebaik perancang dan tak ada apa yang aku ingin ungkapkan selain Alhamdullilah syukur dengan nikmat yang Engkau berikan.

Siapa tahu susah penat aku seketika dahulu membawa diri aku hari ini dan tak ada siapa tahu isi hati ini, resah hati ini, susah hati ini selain Mu.

Dengan itu juga, Engkau lah ubat penenang, setenang tenang nya untuk aku damparkan secebis kesedihan yang aku yakin pasti ada sinar kegembiraan.

Hati ini hanya untuk Mu ya Allah. Aku mengaku saban hari mungkin tiada arah tuju untuk selesaikan satu satu masalah tetapi aku yakin Engkau janjikan yang terindah dan Engkau tahu segala apa yang ada di dalam hati ini ketika ini dan detik ini.

Saat ini, aku yakin Insyaallah dengan izinMu urusan aku untuk menggapai impian aku yang satu dapat redha Mu. Ia satu peluang yang tak akan aku sia siakan dan akan aku ingat sampai bila bila. kerana tidak mudah untuk aku sampai ke tahap ini sambung belajar di oversea.

Walauapapun terjadi pada masa akan datang, aku mohon kepada Mu untuk tetapkan hati aku untukMu, walau kadang kadang kesetiaan ini di uji untuk Mu, keimanan ini diusik syaitan yang tak pernah diam, aku mohon kau cekalkan hati ini untuk Mu, supaya hidup aku lebih tenang dan tenteram.

Insyaallah.

16 August 2019

No comments: