Saturday, June 16, 2012

untuk kawan.kawan yang kita suka


Rindu
Rindu segala
Perkenalan
Permainan
Perjuangan
Pertandingan
Persengketaan
Yang telah kami lalui
Walaupun ia tidak lama
Alhamdullilah Kau masih kurniakan perasaan ini
Aku bersyukur dapat merasai kenikmatan berkawan
Apatah lagi kawan yang dapat memberi seribu ketenangan
Bila menghadapi sebarang permasalahan
Jika sebaliknya,anggaplah sebagai satu cabaran
Kerna itu yang kita dahagakan untuk satu kepuasan

Sebulan,sehari,seminit,sesaat
Bila terlintas perkataan rindu
Terasa seakan-akan macam bertahun-tahun
Tidak berjumpa,bersua dan bercerita
Masing-masing dah lain
Ada cerita,ada kisah,ada kehidupan sendiri
Samada sedih atau gembira
Berlakonlah,
menunjuk riak kegembiraan
Agar kawan jadi lebih tenang dan bahagia
Jika tidak,yakinlah untuk berterus-terang
Kita kan kawan

Zaman sekolah,
Detik yang paling susah untuk melupakan
Ketika nakal,tidur,kena marah,kena denda
Alangkah jika dapat aku putarkan masa
Akan aku meluangkan masa bersama kawan-kawan
Kerna aku tahu masa makin berjalan
Tahun demi tahun
Masing-masing akan membawa haluan
Haluan yang bersilang
Semua berpecah,berpisah
Siapa yang tidak sedih dengan perpisahan
Bak kata orang ,
Jika ada jodoh,berjumpalah kita
Mungkinkah akan berjumpa?
Atau terus tidak berjumpa
Kerana zaman metropolitan
Manusia sibuk dengan kerjaya
Susah untuk bersua dan bersuara
Ketika sedih dan tawa
Pasti akan tercalit kenangan bersama kawan

Sedar atau tidak
Kita telah jalinkan persahabatan sejak kecil
Ketika bermain,ketika ke sekolah
Dengan siapakah kita?
Semestinya kawan.
Cuma ketika itu kita tidak tahu apa erti di sebalik kawan
yakni adalah
satu cabaran
satu kekuatan
satu semangat
satu penghargaan
dan satu dalam beribu berlian
untuk kita bercahaya dalam kegelapan kehidupan
Jika tiada kawan,terasa kehilangan dalam kesesakan   
Dan yang terakhir aku ingin mengambil kesempatan di sebalik puisi ini
Aku ucapkan Happy Belated Birthday kepada Insyirah@Ciah pada 9 Jun yang lalu
Maaf,kerana tidak dapat telefon dan mesej untuk wish
Hanya di muka buku sahaja :)
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga dapat mencapai apa yang diimpi-impikan
Semoga berbahagia di samping keluarga dan kawan-kawan
Harap anda sentiasa kuat dan gigih menghadapi cabaran yang akan datang :)
Kepada semua kawa-kawan aku di sekolah.sekolah menengah dan di politeknik.
Sesungguhnya aku mengharapkan persahabatan kita kekal sehingga akhirnya
Sudah lama kita tidak berkongsi cerita,masing-masing sibuk mengejar kerjaya
Walaupun susah untuk berjumpa.tetapi anda sentiasa di minda  :D :D
Amin
© Original & Official :)
█║▌│█│║▌║││█║▌║
Created by FHanis
Sekian,salam

No comments: